Pages

Sunday, June 17, 2012

Kematian itu pasti

Posting aku kali ni, bukan berkisarkan kematian semata2x, tetapi ia sebagai peringatan untuk korang semua disamping aku juga ingin mengingatkan diri aku yg serba kerdil dan dhaif ini. Selepas genap beberapa hari datuk aku cikgu "Aziz b Hassan" pergi menemui Allah, hati ini sugul, bukan kerana perpisahan ini (bukan sebab sebenar) tetapi adakah amalan kita cukup untuk kita selayaknya bertemu tuhan pencipta alam ini.

Tetapi inilah sunnatullah, Allah sebagai Tuhan yg mencipta kita dan yg mematikan kita punya perancangan yg hebat, tanpa kita sedari kerana ilmu kita hanya sidikit daripada ilmu2x Allah. Sedarlah, wahai diriku, sedarlah...!!!!

"berilah kemaafan, suruhlah pada kebaikan dan tinggalkan daripada kejahilan".
(Al-A'raf: 199)

10 Tanda-Tanda Akhir Kematian
 
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W


 tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.



Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Nazak atau Tanda Akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

  *Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?


Kebaikan Solat Waktu Asar

Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila



Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.

Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri

Wallahuallam...

anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi

akumijae


Friday, June 8, 2012

kaRooT r !!!

hampeh betul lah dgn ref...
bukan nak salahkan sesiapa...
tetapi, r....
pengadil y xadil (pendapat aku lah)..
senang2x je bagi penalti..
tp syukur dapat diselamatkan oleh keeper Malaysia...
tp benda ni bermain kat pikiran aku...
xpenah agi aku tengok freekick dalam kotak penalti...HAH !!!!

xpe2x...apa y dapat kita ambil dari game nie, kita jangan terlalu rasa "thrilled" ataupun terlalu "awesome" dengan kejayaan y mana kejayaan itu hanyalah besifat sementara...di kala diri di puncak kejayaan inilah, tuhan menguji hamba2xNya, akan ketaqwaan mereka...dalam masa sekejap je manusia y bongkak dapat di jatuhkan...kerana manusia umpama "RODA" kadang2x diatas, kadang2x di bawah..oleh itu...ambil lah ibrah dari setiap apa y berlaku...

**aku menulis ni bukan hendak mengkritik, tetapi ingin mengingati sesama kita...
****selamanya HARIMAU MALAYA...ngaummmmm!!!

Wednesday, June 6, 2012

Sahabat: Lama vs Baru







normal bagi seorang manusia mempunyai sahabat.
bagi aku sahabat, tidak hanya memberi makna yang kecil...
sahabat atau dengan kata lain kawan karib...
seperti sabda Nabi Muhammad mafhumnya:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga mana kamu tidak mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri".

hahahah, boleh jadi penceramah aku sekarang (insya Allah)...
rindu aku pada sahabat sekolah menengah membuak2x menyebabkan aku memberikan sedikit masa pada blog...
huhuhuh..teruk betul....
anyway, sahabat lama menjadi sandaran untuk mencari sahabat baru...

Sunday, June 3, 2012

kenangan teLetuBBies :-)

Usrah Teletubbies...

Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM 12/13
satu grup usrah y paling kool...haha..
ape tidaknya, kekartunan y ada dalam diri seorang individu dalam adik beradik usrah ni sangat tinggi....

Formasi ahli usrah:
Manager & Vice Manager
~Abang Amir Syafiq (Selangor-Sem 3 Sijil)
~Abang Dawud Al-Hawariy (Selangor-Sem 3 Dip)

Captain
~Nazmi (Sarawak-Sem 1)

Members (Sem 1)
~Rabbani (Kelantan)
~Izzuddin Fahmi (Kelantan)
~Ikhwan (Negeri Sembilan)
~Syawan (Selangor)
~Ashlam (Pahang)
~Jamaluddin (Selangor)
~Hamzi (Kelantan-Pindah UNITEN)

**sedara xsedar, abang amir dah akan memasuki UIAM untuk melanjutkan pelajaran beliau...
***Kami biasa pada zahiriah, tapi lahiriah kami "HOT"...

BasiCcaLly :)

Assalamua'alaikum semua,
setelah sekian lama diri ini menyepi dari menyentap perbarisan huruf2x di papan kekunci LAPPY....
aku mula mengambil langkah seribu bagi menulis walau satu huruf di blog ku...
bukan hanya untuk menghidupkan kembali blog ni, tetapi ada suatu yang harus aku teliti dan pelajari...
sesuai dengan peredaran zaman IT....#(^_^)!

INILAH AKU !!
tunggangan lama (SPM) sudahku lepaskan,
bagi memenuhi keperluan arah tuju hidupku yang masih keruan di bumi nan jauh mencabar,
aku telah memasuki Darul Quran, sudah hampir 6 bulan aku disana...
mencari sinar kekuatan dari penghafalan ayat2x suci kalam Allah...
aku bersyukur dan berterima kasih dikurniakan satu peluang yang mana, tidak semua dapat menikmati peluang ini...
Walaupun hanya 18 bulan akan ku tempuhi di DQ kerana mengambil PENSIJILAN TAHFIZ DQ-UIAM bagi sesi 12/13...
aku masih berharap agar, aku dapat menyimpulkan ilmu2x yang pada akhirnya membawa erti yang bermanfaat kepada seluruh masyarakat amnya, dan diriku serta keluarga ku khasnya...

aku xmau menulis terlalu panjang2x,
cause aku merasakan, ini satu pemulaan yang baru,
untuk aku mula menjinakkan diriku dalam bidang ini...

~Sains-Sastera-Ekonomi-Agama~
Akhir kalam...Assalamua'laikum.....