Posting aku kali ni, bukan berkisarkan kematian semata2x, tetapi ia sebagai peringatan untuk korang semua disamping aku juga ingin mengingatkan diri aku yg serba kerdil dan dhaif ini. Selepas genap beberapa hari datuk aku cikgu "Aziz b Hassan" pergi menemui Allah, hati ini sugul, bukan kerana perpisahan ini (bukan sebab sebenar) tetapi adakah amalan kita cukup untuk kita selayaknya bertemu tuhan pencipta alam ini.
Tetapi inilah sunnatullah, Allah sebagai Tuhan yg mencipta kita dan yg mematikan kita punya perancangan yg hebat, tanpa kita sedari kerana ilmu kita hanya sidikit daripada ilmu2x Allah. Sedarlah, wahai diriku, sedarlah...!!!!
"berilah kemaafan, suruhlah pada kebaikan dan tinggalkan daripada kejahilan".
(Al-A'raf: 199)
10 Tanda-Tanda Akhir Kematian
"Bahawa
malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali
dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati
orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut :
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
tanda-tanda kematian
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.
Contohnya
seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang
sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini
dan Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma
ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil
abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian
mukanya.
Waktu Asar?
Apa
yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua
tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain
subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.
Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu
tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi
berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan
kaitkan mengapa waktu asar?
Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar,
dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini
terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang
tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab
itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan
kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila
Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...
Sebagaimana
yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan
pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung
hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.
Sebagaimana
yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah
sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan
menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan
kerana masa kian suntuk.
Mungkin
ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada
yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik
itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri
Wallahuallam...
anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi
akumijae