Pages

Monday, March 17, 2014

Incredible message ;)

what an amazing day...
qwertyuiop...we got a message from our beloved lecturer..

"Dear all, our group has been selected"...

hahaha, nooooooo......selected for what?...
it is THEATRE OF EXCELLENCE.....
may Allah ease....







#THEATREOFEXCELLENCE #PLAYER #ACTOR
#CFSIIUM #29thMARCH2014

Kisah seorang pemuda

....tertarik untuk aku berkongsi satu cerita yang aku dapat dalam sebuah laman web/blog..enjoy it... ^_^...

KISAH PEMUDA dan TOK GURU

"Pengerusi Masjid, semasa mempengerusikan sesi telah berkongsi cerita menarik.
Katanya ada seorang budak muda mahu mengaji dengan seorang Tok Guru. Tok Guru itu mengajak budak  berkenaan berjalan-jalan dengannya.

Semasa lalu di ladang anggur, Tok Guru itu bertanya, “buah apa tu?”

Kata budak muda, “buang anggur.”

Tok Guru berkenaan bertanya lagi, “tuan dia bolehkah makan buah anggur tersebut?”

Budak muda menjawab, “tentulah boleh. Jika tidak, masakan dia tanam pokok anggur tiu”

Kemudian mereka melintasi keramaian yang sedang menguruskan kematian. Tok Guru bertanya, “ada apa itu?”

Budak muda itu menjawab, “ada kematian”.

Tok Guru berkenaan menyoal, “mayat tu hidup atau mati?”

Dengan perasaan jengkel terhadap soalan mengarut ‘orang tua’ ini, budak muda tersebut menjawab, “tentulah dia sudah mati!”

Kata Tok Guru berkenaan, “baliklah. Pergilah belajar dengan orang lain. Aku tidak boleh mengajar kamu. Kamu tidak boleh belajar dengan aku!”


Budak muda itu terkejut.

Mengapakah reaksi Tok Guru berkenaan begitu?

Kata Tok Guru, “apakah engkau ingat aku bodoh bertanyakan engkau tentang anggur itu? Yang aku maksudkan, adakah peladang anggur itu pernah meminjam wang untuk membuka ladang, adakah dia sudah membayar hutang, membayar zakat? Jika dia belum menyelesaikan semua itu, dia tidak boleh makan anggur tersebut”

Katanya lagi, “apakah engkau ingat aku ini bodoh, bertanyakan mayat itu hidup atau mati? Maksudku, jika mayat itu ada anak soleh, mayat itu akan hidup kerana amal yang ditinggalkannya, melalui anaknya yang soleh itu”

Sesungguhnya…

Apabila engkau hai anak muda, ada jawapan untuk semua soalan, engkau tidak cukup syarat untuk menjadi penuntut ilmu. Engkau tidak cukup telinga, untuk mendengar sebelum berkata. Tanda dunia ini dibelenggu kebodohan, apabila hidup kita dibingitkan oleh pendapat dan komen semua orang dalam semua perkara.

Bawa-bawalah diam."

http://saifulislam.com/

Nota Kaki:
hahaha...poyo...
anda faham, anda terasa.....

Friday, March 7, 2014

....jadual pack yang membosankan

.....Semester 3, sem yang agak mencabar.

agak susah nak gambarkan kesusahan semester 3 berbanding semester 1, ye eh??, macam tak je. Sebenarnya semester ni agak rilek especially bila jadual kelas yang aku dapat agak banyak gap nya.

....kebaikan atau keburukan ?

haaa, persoalan yang susah nak jawab. Bagi aku, it depend on individual. Senang cerita, masa tidur bertambah, pastu masa untuk membaca, menonton movie, bermain FIFA, Pes14 .....dan seangkatan dengannya makin bertambah. Ditambah dengan subjek yang tak memerlukan diri untuk gagah dalam menghafal. Apa yang penting enjoy...ye eh??....i guess...btw, belajarlah utk belajar, cuba lah untuk diajar pengajar...

nota kaki:
**istiqamah dalam setiap perkara baik..cubalah...wahai teman...

Yang benar...
7/3/14...
Cuti Mid-Sem...